Senin, 06 Agustus 2012

WANITA DAN CINTA



Ingin aku katakan bahawa perempuan adalah simbol ketenangan dan ketenteraman jiwa. Sungguh tidak ada ketenangan dan ketenteraman tanpa kehadirannya. Itulah cara pandang islam. Tidak bagaimana agama samawi terdahulu dan agama lain memandang perempuan dengan pandangan zalim. Mereka memandang perempuan sebagai bukan jenis manusia atau sekalipun sebagai manusia mereka meletakan martabat perempuan serendah rendahnya. Jadi pemuas nafsu. Mereka memandang perempuan inilah penyebab maksiat.
Mereka mengatakan bahawa perempuanlah penyebab Adam dihalau dari syurga. Tapi pada hakikatnya Islam tidak mengatakan begitu. Quran menafikannya kerana Quran mengatakan bahawa keduanya sama sama menanggung dosa akibat melanggar larangan Allah kerana keduanya memiliki masuliyah( tanggungjawab ) yang sama!
Bertuahnya seorang perempuan. Dibela. Dijadikan Allah penuh kemuliaan namun diri mereka sendirilah yang meletakkan kembali martabat mereka serendah rendahnya kerana menolak islam. Menolak syariat. Menolak hukum hakam yang Allah gariskan bagi mereka untuk memuliakan mereka. Meletakkan hawa nafsu dan mazmumah mereka sehingga menjadikan dunia ini pemuas nafsu mereka...........

Tidak ada komentar:

Posting Komentar